Hello ....


Sunday 4 November 2012

Terjemahan Kurikulum


Kurikulum merupakan suatu elemen penting dalam sistem pendidikan. Ianya merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang boleh mencorakkan generasi akan datang. Kurikulum perlu relevan dan dinamis bersesuaian dengan keperluan semasa dan halatuju pendidikan serta aspirasi negara. Kertas ini membincangkan tentang asas dan cabaran yang perlu dipertimbangkan dalam memperkasakan kurikulum pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pembangunan Negara dan trend pendidikan dunia adalah di antara kuasa penggerak yang perlu diberi penekanan dalam usaha memperkasakan kurikulum pendidikan negara.
Matlamat kurikulum ialah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun, pada masa yang sama kurikulum turut perlu menyumbang dalam melahirkan pekerja yang berilmu, warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai ciri-ciri global player. Pengisian dan pelaksanaan kurikulum mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat, profil bangsa dan warganegara Malaysia yang berkualiti.
Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989. 

Saturday 27 October 2012

Teori Pembelajaran Matematik


Implikasi Teori Piaget Terhadap  P&P Matematik
Pelajar dapat mengikuti dan menyesuaikan diri dalam proses pembelajaran melalui peringkat-peringkat tertentu pertumbuhan mereka

Implikasi Teori Bruner Terhadap  P&P Matematik
Pelajar akan menemui dan memahami tentang konsep yang hendak dipelajari dengan lebih mendalam melalui pembelajaran secara berstruktur

Implikasi Teori Skemp Terhadap  P&P Matematik
Pelajar dapat belajar dengan bermakna dan memahami sepenuhnya struktur matematik

Implikasi Teori Ausubel Terhadap P&P Matematik
Sebelum pelajar diajar dengan lebih terperinci,pelajar telah menerima pandangan menyeluruh tentang topik tersebut

Implikasi Teori Dienes Terhadap  P&P Matematik
Dengan bantuan bahan bantu mengajar, pelajar boleh memahami tentang peringkat-peringkat pembelajaran Matematik dari satu bentuk sistematik dan ringkas ke bentuk formal

Implikasi Teori Gagne Terhadap P&P Matematik
Pelajar dapat mengembangkan proses pembelajarannya secara peringkat demi peringkat agar mereka mudah memahami sebelum memulakan pembelajaran baru

Thursday 18 October 2012

RPH Matematik



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2

Mata Pelajaran                     : Matematik
Tahu                                       : Tahun 2
Bilangan Murid                     : 14 orang
Tarikh                                 : 14 Oktober 2012    
Bidang Pembelajaran         : Ruang Dan Bentuk
Tajuk                                      : Bentuk Tiga Dimensi ( 3D )
Objektif Pembelajaran        : Mengenal pasti bentuk tiga dimensi 
Hasil Pembelajaran            :  Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat
                                                                                         i.        Menamakan bentuk kubus, kuboid, sfera, piramid, silinder dan kon dengan betul dan tepat.
                                                                                           ii.        Membezakan bentuk tiga dimensi (3D) yang ada permukaan rata dan permukaan melengkung dengan betul.

Pendekatan P & P                  :     Konstruktivisme , Pembelajaran Masteri
Kaedah / Teknik                      :     Perbincangan
KBKK                                       :    Mengelaskan, Menjana idea, Berkomunikasi, Membanding dan     membezakan.
Nilai Murni                                :     Bekerjasama 
Bahan, peralatan dan bahan sumber :
1)    ping pong – 5 biji
2)    kotak tisu – 4 kotak
3)    set bongkah 3D – 2 set
4)    lembaran kerja
5)    slaid powerpoint
Langkah berjaga-jaga                     :  - tiada -
Pengetahuan:
Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Nota / Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan / Mencungkil Idea
( 5 minit )






Membezakan permukaan rata dan permukaan melengkung

















Mengenali sisi dan bucu
1.  Guru meminta murid memerhati apa yang dilakukan olehnya.
2.  Guru menjatuhkan ping pong dan kotak tisu ke atas meja. 
3.  Guru menanya murid :
a)  Apa yang kamu dapat lihat semasa ping pong / kotak tisu itu terjatuh   ke atas meja ?
b)  Mengapakah ping pong boleh berguling ke depan, kotak tisu tidak dapat?
c)  Apa bentuk bagi ping pong /  kotak tisu ini?
d)  Cuba kamu merasa dan membuat pemerhatian pada permukaan ping pong dengan tapak tangan. Apa yang kamu rasa? Adakah permukaannya rata atau melengkung?
( diikuti dengan merasa kotak tisu )
e)  Sekarang, cuba kamu rasa bahagian yang di hujung kubus. Apa yang kamu   rasa?
f)   pegang bahagian tepi kotak tisu. Cuba kamu rasa, adakah ia lurus atau bengkok? 
1.  Murid melihat apa yang dilakukan oleh guru.
2.  Murid menjawab soalan-soalan guru.
(contoh jawapan)
a)  Ping pong berguling dengan cepat  ke hadapan.
Kotak tisu tidak berguling.
b)  Ping pong boleh berguling dengan cepat kerana ia berbentuk bulat. Kotak tisu berbentuk segiempat.
c)  Ping pong berbentuk sfera. Kotak tisu berbentuk kubus.
d)  Permukaann pada ping pong licin dan melengkung. Permukaan kotak tisu licin dan rata.
e)  Tajam.
f)   Lurus
BBM :
Ping pong
Kotak tisu

Strategi / Teknik :
Penyoalan seluruh kelas

KBKK :
Membanding dan membezakan
Berkomunikasi
Menstruktur/ Menstruktur Semula
( 15 minit )
Menamakan bentuk bongkah 3D











Memperihalkan permukaan rata, permukaan melengkung, sis dan bucu bentuk 3D
1.  Guru menunjukkan bongkah 3D dan minta murid menyatakan bentuk bongkah   tersebut.
2.  Guru mengagihkan murid kepada 2 kumpulan secara berpasangan.
3.  Guru memberi satu set bongkah tiga dimensi dan satu jadual kepada setiap kumpulan.
4.  Guru meminta murid membilang permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah yang dibekalkan.
5.  Guru meminta murid merekodkan hasil perbincangan mereka di dalam   jadual yang diberikan.
6.  Guru menggunakan slaid powerpoint untuk menerangkan bilangan permukaan rata dan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bentuk tiga dimensi.
7.  Guru meminta murid menyemak jawapan mereka. 
1.  Murid menyatakan nama bentuk bongkah 3D yang ditunjukkan oleh guru.
2.  Murid membilang bilangan permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah.
3.  Murid merekodkan hasil dapatan mereka di dalam jadual.
4.  Murid melihat nota di slaid powerpoint yang ditunjukkan dan mendengar   penerangan guru.
5.  Murid menyemak hasil perbincangan mereka tadi.
Strategi / Teknik :
Penyoalan seluruh kelas
Perbincangan

BBM :
Set bongkah 3D

Nilai Murni :
Bekerjasama

KBKK :
Mengelaskan
Aplikasi Idea
( 5 minit )
Memperihalkan permukaan rata, permukaan melengkung, sis dan bucu bentuk 3D
1.  Guru mengedarkan latihan penilaian mengikut aras murid.
2.  Guru berbincang jawapan bersama dengan murid.
1.  Murid menyiapkan latihan penilaian.
pembelajaran masteri )
BBM:
Lembaran kerja
Refleksi / Penutup
( 5 minit )
Teka- teki
-    Menamakan bentuk 3D
1. Guru menaksir kefahaman murid dengan memberi teka-teki.
2. Guru menyatakan penerangan dan minta murid cuba meneka apa bentuk itu.
1.  Murid mendengar penerangan guru dengan teliti dan menjawab soalan teka-teki tersebut.
Strategi / Teknik
Teka -teki

Refleksi          :: Dalam p & p pada hari ini, saya telah menggunakan teknologi maklumat seperti powerpiont dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang canggih ini telah menarik minat murid kerana seiring dengan perkembangan dunia sekarang yang mana kapur dan papan hitam dilihat sudah ketinggalan zaman. Power Point yang ditunjukkan menarik dan bersesuaian dengan tajuk pengajaran pada hari ini serta juga dapat merangsangkan minat murid dan menggalakkan memberikan tumpuan terhadap isi pengajaran. Lembaran kerja yang disediakan kepada murid juga bersesuaian dan mengikut tahap penguasaan murid iaitu murid LINUS dan murid PERDANA