RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2
Mata Pelajaran
: Matematik
Tahu
: Tahun 2
Bilangan Murid : 14 orang
Bilangan Murid : 14 orang
Tarikh
:
14 Oktober 2012
Bidang
Pembelajaran : Ruang Dan Bentuk
Tajuk
: Bentuk Tiga Dimensi ( 3D )
Objektif
Pembelajaran : Mengenal pasti bentuk
tiga dimensi
Hasil
Pembelajaran
: Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat
i. Menamakan
bentuk kubus, kuboid, sfera, piramid, silinder dan kon dengan betul dan tepat.
ii. Membezakan
bentuk tiga dimensi (3D) yang ada permukaan rata dan permukaan melengkung
dengan betul.
Pendekatan P
& P
: Konstruktivisme , Pembelajaran Masteri
Kaedah /
Teknik
:
Perbincangan
KBKK
: Mengelaskan, Menjana idea,
Berkomunikasi, Membanding dan membezakan.
Nilai
Murni
: Bekerjasama
Bahan, peralatan
dan bahan sumber :
1) ping
pong – 5 biji
2) kotak
tisu – 4 kotak
3) set
bongkah 3D – 2 set
4) lembaran
kerja
5) slaid
powerpoint
Langkah
berjaga-jaga
: - tiada -
Pengetahuan:
Fasa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti
Pengajaran & Pembelajaran
|
Nota / Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Permulaan /
Mencungkil Idea
( 5 minit )
|
Membezakan
permukaan rata dan permukaan melengkung
Mengenali sisi
dan bucu
|
1. Guru meminta murid memerhati apa
yang dilakukan olehnya.
2. Guru menjatuhkan ping pong dan
kotak tisu ke atas meja.
3. Guru menanya murid :
a) Apa yang kamu dapat lihat semasa
ping pong / kotak tisu itu terjatuh ke atas meja ?
b) Mengapakah ping pong boleh
berguling ke depan, kotak tisu tidak dapat?
c) Apa bentuk bagi ping pong /
kotak tisu ini?
d) Cuba kamu merasa dan membuat
pemerhatian pada permukaan ping pong dengan tapak tangan. Apa yang kamu rasa?
Adakah permukaannya rata atau melengkung?
( diikuti
dengan merasa kotak tisu )
e) Sekarang, cuba kamu rasa bahagian
yang di hujung kubus. Apa yang kamu rasa?
f) pegang bahagian tepi kotak
tisu. Cuba kamu rasa, adakah ia lurus atau bengkok?
|
1. Murid melihat apa yang dilakukan
oleh guru.
2. Murid menjawab soalan-soalan guru.
(contoh
jawapan)
a) Ping pong berguling dengan
cepat ke hadapan.
Kotak tisu
tidak berguling.
b) Ping pong boleh berguling dengan
cepat kerana ia berbentuk bulat. Kotak tisu berbentuk segiempat.
c) Ping pong berbentuk sfera. Kotak
tisu berbentuk kubus.
d) Permukaann pada ping pong licin dan
melengkung. Permukaan kotak tisu licin dan rata.
e) Tajam.
f) Lurus
|
BBM :
Ping pong
Kotak tisu
Strategi /
Teknik :
Penyoalan
seluruh kelas
KBKK :
Membanding dan
membezakan
Berkomunikasi
|
Menstruktur/
Menstruktur Semula
( 15 minit )
|
Menamakan
bentuk bongkah 3D
Memperihalkan
permukaan rata, permukaan melengkung, sis dan bucu bentuk 3D
|
1. Guru menunjukkan bongkah 3D dan
minta murid menyatakan bentuk bongkah tersebut.
2. Guru mengagihkan murid kepada 2
kumpulan secara berpasangan.
3. Guru memberi satu set bongkah tiga
dimensi dan satu jadual kepada setiap kumpulan.
4. Guru meminta murid membilang
permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah yang
dibekalkan.
5. Guru meminta murid merekodkan hasil
perbincangan mereka di dalam jadual yang diberikan.
6. Guru menggunakan slaid powerpoint
untuk menerangkan bilangan permukaan rata dan melengkung, sisi dan bucu bagi
setiap bentuk tiga dimensi.
7. Guru meminta murid menyemak jawapan
mereka.
|
1. Murid menyatakan nama bentuk
bongkah 3D yang ditunjukkan oleh guru.
2. Murid membilang bilangan permukaan
rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah.
3. Murid merekodkan hasil dapatan
mereka di dalam jadual.
4. Murid melihat nota di slaid
powerpoint yang ditunjukkan dan mendengar penerangan guru.
5. Murid menyemak hasil perbincangan
mereka tadi.
|
Strategi /
Teknik :
Penyoalan
seluruh kelas
Perbincangan
BBM :
Set bongkah 3D
Nilai Murni :
Bekerjasama
KBKK :
Mengelaskan
|
Aplikasi Idea
( 5 minit )
|
Memperihalkan
permukaan rata, permukaan melengkung, sis dan bucu bentuk 3D
|
1. Guru mengedarkan latihan penilaian
mengikut aras murid.
2. Guru berbincang jawapan bersama
dengan murid.
|
1. Murid menyiapkan latihan penilaian.
( pembelajaran
masteri )
|
BBM:
Lembaran kerja
|
Refleksi /
Penutup
( 5 minit )
|
Teka- teki
- Menamakan bentuk 3D
|
1. Guru menaksir kefahaman murid dengan
memberi teka-teki.
2. Guru menyatakan penerangan dan minta
murid cuba meneka apa bentuk itu.
|
1. Murid mendengar penerangan guru
dengan teliti dan menjawab soalan teka-teki tersebut.
|
Strategi /
Teknik
Teka -teki
|
Refleksi
:: Dalam p & p pada hari ini, saya telah
menggunakan teknologi maklumat seperti powerpiont dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang canggih ini telah menarik
minat murid kerana seiring dengan perkembangan dunia sekarang yang mana kapur
dan papan hitam dilihat sudah ketinggalan zaman. Power
Point yang ditunjukkan menarik dan bersesuaian dengan tajuk pengajaran pada
hari ini serta juga dapat merangsangkan minat murid dan menggalakkan memberikan
tumpuan terhadap isi pengajaran. Lembaran kerja yang disediakan kepada
murid juga bersesuaian dan mengikut tahap penguasaan murid iaitu murid LINUS
dan murid PERDANA
No comments:
Post a Comment