Hello ....


Saturday, 27 October 2012

Teori Pembelajaran Matematik


Implikasi Teori Piaget Terhadap  P&P Matematik
Pelajar dapat mengikuti dan menyesuaikan diri dalam proses pembelajaran melalui peringkat-peringkat tertentu pertumbuhan mereka

Implikasi Teori Bruner Terhadap  P&P Matematik
Pelajar akan menemui dan memahami tentang konsep yang hendak dipelajari dengan lebih mendalam melalui pembelajaran secara berstruktur

Implikasi Teori Skemp Terhadap  P&P Matematik
Pelajar dapat belajar dengan bermakna dan memahami sepenuhnya struktur matematik

Implikasi Teori Ausubel Terhadap P&P Matematik
Sebelum pelajar diajar dengan lebih terperinci,pelajar telah menerima pandangan menyeluruh tentang topik tersebut

Implikasi Teori Dienes Terhadap  P&P Matematik
Dengan bantuan bahan bantu mengajar, pelajar boleh memahami tentang peringkat-peringkat pembelajaran Matematik dari satu bentuk sistematik dan ringkas ke bentuk formal

Implikasi Teori Gagne Terhadap P&P Matematik
Pelajar dapat mengembangkan proses pembelajarannya secara peringkat demi peringkat agar mereka mudah memahami sebelum memulakan pembelajaran baru

No comments:

Post a Comment